There was an error in this gadget

Monday, 13 August 2012

Andai tak mampu membahagiakan, jangan pula membebankan

Sebelum Kahwin

Dari saiz tapak kaki besarnya 2 jari, sampailah dah menunjang sekarang, makan pakai, semua makbapak tanggung. Tak kisahlah makan apa, sedap atau tak sedap, sikit atau banyak, mewah atau tak, yang penting makan. Semua hasil titik peluh mak bapak.
Sekolah. Dari tadika sampailah masuk U, yang bayar yuran ? makbapak jugak. yang belikan buku, alat tulis, beg Doraemon, Ultraman, Popeye, semua mereka. Yang kapurkan kasut sekolah, ironkan baju. Dan tak lupa, yang bagi duit belanja hari2 nak beli air segelas 50sen, kuih sarapan pagi, mi goreng atau rojak. Dari mana datang semua tu?
Bila raya dah dekat, mereka belikan baju raya, kasut raya. Bertuah, beruntung sungguh andai dapat yang baru, tak perlu yang mahal2, asalkan baru. Itu keinginan setiap kanak-kanak. Bila nak berbuka, siapa pulak yang tanya, "Hari ni nak makan apa ? Mak masakkan".

Dari kecil sampai ke besar, semua ditanggung beres oleh mereka. Kalau yang belajar jauh-jauh tu, taunya mintak duit je bila dah nak habes semester, ada kita tau apa yang mereka makan kat rumah. Penatnya mereka balik kerja kena masak, kemas rumah, basuh pinggan semata-mata nak kita tumpukan pada satu : BELAJAR.

Selepas Kahwin

Kalau yang memilih untuk duduk dengan famili tu, kalau tak menyusahkan tak apa. Anda dah berkeluarga, makan pun parents tanggung. Mana tanggungjawab sebagai ketua keluarga? Yang beli lauk, yang masak, semua mak bapak. Tambah-tambah pulak yang dah ada anak, siap mintak lagi duit pampers, " Mak, gaji tak cukup bulan ni, pinjam duit sikit mak, pampers dengan susu dah habes". Tak malu ke?
Dulu mereka tanggung kau sebab title kau sebagai anak mereka. Habis tu sekarang dengan cucu pun kena tanggung ke ? Memalukan !
Kalau nak stay dengan diorang, kau sepatutnya :
1. Masak
2. Kemas rumah
3. Aktiviti2 perumahan yang sepatutnya.
Apa relevannya? Mereka dah tua, dari kecik diorang jaga , so bila mereka tua, dah jadi tanggungjawab anak2 untuk jaga mereka sebaiknya.

Aku teringat satu kata-kata ni, Andai tidak mampu membahagiakan mereka, janganlah pula membebankannya.

Sekian, 

No comments:

Post a Comment