Sunday 1 July 2012

The day I starts - Jangan panggil aku begitu

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Seperti yang anda semua tahu atau ada lagi yang masih tak tau, nama diberi ialah NURUL FARAHIN binti ZAHARUDDIN. Diulangi  dan perlu dieja satu-satu ye, N U R U L F A R A H I N binti Z A H A R U D D I N. Yang paling penting, nama abah tu kena ada 2 "D" okay ? paling pantang kalau ada orang salah eja. 1 huruf boleh merujuk kepada orang yang berbeza ye. Dulu masa sekolah, selalu jugak cikgu salah eja, tapi tak berapa kisah la pulak, maybe masih keanak-anakan, sekolah rendah lah katakan, tapi bila mula sekolah menengah, semuanya dititikberatkan. Sijil tak akan bernilai kalau salah eja. Masa pergi kem tentera, boleh kan orang tu tulis 'bin' 'instead of'  'binti'. haisy, yang aku pulak ni memandai pergi 'liquid', hah, ambek kau, sijil tak laku. padahal peringkat negeri tu. huh, satu kerugian yang nyata di atas satu tindakan yang sengal. Okaylah cukuplah pasal nama. Mungkin tidak begitu glemer tapi maknanya sudah cukup mencerminkan keperibadian yang diberi sendiri mak dan abah. Cahaya kegirangan. nampak sangat orangnya periang. Maybe ada yang tak percaya. Kan ? nampak macam 'nerd' je budak ni kat sekolah. Pendiam, pemalu. Sebenarnya tidak ye rakan-rakan yang tengah membaca 'entry' ni. saya sama sekali tidak begitu. bagi yang kenal aku sedalam-dalamnya, pasti, aku seyakin dan pasti kata aku ni kuat memekak, suka kacau orang, kuat gelak, tak pernah senyap walau sesaat, kalau tengah diam, 'there must be something goes wrong somewhere'. hehe. serba-serbi nya begitulah. Punyalah aku tergelak bila kawan satu kolej bagitau yang kawan dia cakap kat dia, "aku dulu satu sekolah dengan budak tu, tapi aku tak pernah tegur dia'. 'budak tu' yang dimaksudkan dalam dialog itu ialah , ye saya. akulah orangnya. hehe, buat pengetahuan kawan sesekolah tadi, saya dulu pemalu sikit orangnya dengan orang yang dikenali. sikitlah. tapi sekarang, InsyaALLAH, peramah mungkin.

Aku dilahrkan dalam satu famili yang awesome. Kami tak kaya, tapi kami cukup makan pakai. Keluarga yang sederhana. itu sudah cukup untuk menggambarkan kehidupan kami. Abah, dahulunya tentera darat yang bersara pada usia aku 6 tahun. Mak pulak guru KEMAS. yeah, guru memasak, guru kraftangan. nampaknya aku langsung tak mewarisi kepakarannya. tapi aku pandai buat biskut, kek. okaylah tu kan. Akak pulak dulu kerja kerani akaun, tapi sekarang sejak bersuamikan tentera laut, dia dah tak kerja. Surirumah sepenuh masa lebih mulia untuk menjaga 2 anak sedara aku yang tercomel pada pandangan maksunya ini. abang aku pulak, dulu kerja sekarang masih menyambung belajarnya. kat terengganu. bermulanya satu kehidupan aku dengan mereka yang menyempurnakan kehidupan ini. semua kekurangan aku pasti diterima dengan satu kata motivasi. seperti yang dikatakan tadi, kami tak kaya tapi cukuplah untuk aku beli kasut-kasut yang aku suka, baju-baju kewanitaan. yeah, anak bongsu , anak manja semua dapat. istilah itu tak pernah ada dalam kamus hidup aku. semuanya dilayan sama rata, tiada terlebih dan terkurang. itulah yang aku rasa tapi akak dengan ipin (panggilan untuk abang aku, aku tak pernah panggil dia abang seumur hidup aku) selalu kata yang mak terlalu manjakan aku. ehh mana ada. tak terperasan pun. ada ke? haha. adoi. manalah aku tau.

mungkin ada yang pelik kan, mana datang nama 'faeyn' ? tak gitu ? nama tu sebenarnya datang bila aku sertai Program Latihan Khidmat Negara. cikgu kat sana lah yang bagi. kenangan tu. dan nama "nakaro" sebab ada seorang cikgu tu, cikgu man susah na nak menyebut nama aku. haha. akhirnya dia ada baca satu ayat. then adalah tersebut nama aku. thats why dulu pernah pakai nama tu. dan sekarang di kalangan kawan-kawan satu matriks, satu universiti, semuanya mengenali aku dengan nama "faeyn", "paeyn", "fain", "paen". bunyi sama je dan aku pasti menolah. kawan-kawan sekolah pulak, semestinya "farahin", wah sweet betul. dah lama rasanya tak ada orang yang panggil aku macam tu. dan sekiranya ada yang memanggil aku "farah", nampaknya tak sesuai lah dengan aku sebab nama tu biasanya untuk gadis-gadis yang lemah lembut. memang taklah kalau dengan aku. terasa geli pon ada. oohh tidak, berhenti panggil aku begitu. tapi kalu dah panggil, aku tak kisah. okay-okay aje.

BERHENTI PANGGIL AKU BEGITU :)

First trial membina blog sendiri, insyaALLAH selepas ini akan diperbaiki kosa kata. hehe. I'm not good at building sentences. Sorry guys. masa yang mendatang, banyak lagi story yang boleh dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment