Tuesday 31 July 2012

Berakhir sudah 4 tahun dengan kamu

17Julai2008, masih segar dalam ingatan "the day I first met you". tak perlu nyatakan di mana dan untuk apa sebab aku yakin dan pasti kau juga masih ingat lagi. Selepas pertemuan tu, tak mampu untung memandang sesiapa lagi kecuali kau. Am I under your spell babe ? Namun itu tak menjanjikan apa2 sebab kita lost contact, kita tak satu sekolah, tak satu kampung, semua tak, just satu daerah. That was the first and last time we met, I really miss that moment. Segala ucapan, kata-kata, semua kau pesankan melalui ibumu, how sweet you are. Kita tak selalu berhubung tapi aku tetap ingat kau.

Lepas SPM kau ditawarkan masuk sebuah universiti swasta terkemuka dan kau pesan kat mak kau, suruh aku study betul2 supaya dapat study sana jugak. Aku cuba sehabes baek dan Alhamdulillah, aku mohon universiti tu dan aku dapat. tapi dah namanya takdir, aku terlepas satu tarikh penting untuk kemasukan pelajar baru, impian terlebur di situ dan kau nyatakan kesedihanmu. Maaf. Mungkin takdir tak mau menemukan kita terlalu awal. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku teruskan pengajian kat matrik dan kau cakap, after matrik still boleh apply. Aku fikir semasaknya, mungkin aku tak layak berada di sana, aku taknak apply, kau merajuk.

Masa berlalu begitu pantas, seiring masa berlalu, teman sering bertukar namun kau tetap satu bagi aku. only one. Kita berjanji dan aku pegang janji itu.Walau kita tak study satu tempat, satu hari nanti, kau kata, kau akan kembali jugak. Aku gembira. Aku teruskan study kat UTM dan tak sabar menunggu hari pertemuan kita, 3 tahun lagi, atau empat atau mungkin lima, takpe aku tunggu. Kau tak pernah lekang dalam fikiran aku, setiap tahun, ada je bungkusan pos dari kau yang aku terima. Yang terakhir, skirt polka dot itu.

18Julai2012, aku ke sana. Kebetulan waktu cuti dan aku decide untuk habiskan mungkin 2-3 hari di sana menjenguk kau. Aku datang universiti kau, tunggu sampai kau habes kelas, tak kurang 2 jam lamanya. Aku sabar dengan bungkusan kek di tangan. Terima kasih afrina, sahabat yang menemaniku sepanjang penantian itu. Tiada loceng berbunyi menandakan tamat kelas, dan aku nampak kau. Yes ! Its you, tapi bukan sahaja kau, di belakangnya ternampak sengihan seorang perempuan dengan tanganmu memegang erat lengannya. Berbisik-bisik, pasangan yang bercinta. Berambut lurus, comel, cantik, kau selayaknya mendapat seseorang seperti itu. Siapa dia itu tak penting, 4 tahun, aku dah mula dapat membaca isi hatimu. Love at long distance, banyak dugaannya, aku yakin aku pasti, aku bukan pemilik hatimu lagi. Saat kau memandang aku, ketahuilah di saat itu takkan mungkin ada peluang kedua untuk insan sepertimu.

Selepas 4 tahun, aku melangkah pergi, jauh, jauh dari kehidupan kau. mungkin tak berapa nak jauh sebab rumah kita dekat je, tapi aku takkan cuba mendekati kau lagi. Pergilah, pergila. Andai ini takdir yang ditetapkan untuk aku, setulus hati aku redha. Kau menjadikan aku begini dan kau juga takkan mampu menjadikan aku seperti asal.

Kiriman salam untuk ibumu yang tak pernah bosan menceritakan kebaikanmu. Dia berharap pada kita, tapi kau musnahkan segalanya.
Semoga ALLAH merahmati kehidupan kita selanjutnya. Aminn.

Aku ? Nurul Farahin binti Zaharuddin yang baru. Semester baru, orang baru.
Forget to tell you that I've found someone who can cherish my life. MFA.

No comments:

Post a Comment