Monday 13 August 2012

Andai tak mampu membahagiakan, jangan pula membebankan

Sebelum Kahwin

Dari saiz tapak kaki besarnya 2 jari, sampailah dah menunjang sekarang, makan pakai, semua makbapak tanggung. Tak kisahlah makan apa, sedap atau tak sedap, sikit atau banyak, mewah atau tak, yang penting makan. Semua hasil titik peluh mak bapak.
Sekolah. Dari tadika sampailah masuk U, yang bayar yuran ? makbapak jugak. yang belikan buku, alat tulis, beg Doraemon, Ultraman, Popeye, semua mereka. Yang kapurkan kasut sekolah, ironkan baju. Dan tak lupa, yang bagi duit belanja hari2 nak beli air segelas 50sen, kuih sarapan pagi, mi goreng atau rojak. Dari mana datang semua tu?
Bila raya dah dekat, mereka belikan baju raya, kasut raya. Bertuah, beruntung sungguh andai dapat yang baru, tak perlu yang mahal2, asalkan baru. Itu keinginan setiap kanak-kanak. Bila nak berbuka, siapa pulak yang tanya, "Hari ni nak makan apa ? Mak masakkan".

Dari kecil sampai ke besar, semua ditanggung beres oleh mereka. Kalau yang belajar jauh-jauh tu, taunya mintak duit je bila dah nak habes semester, ada kita tau apa yang mereka makan kat rumah. Penatnya mereka balik kerja kena masak, kemas rumah, basuh pinggan semata-mata nak kita tumpukan pada satu : BELAJAR.

Selepas Kahwin

Kalau yang memilih untuk duduk dengan famili tu, kalau tak menyusahkan tak apa. Anda dah berkeluarga, makan pun parents tanggung. Mana tanggungjawab sebagai ketua keluarga? Yang beli lauk, yang masak, semua mak bapak. Tambah-tambah pulak yang dah ada anak, siap mintak lagi duit pampers, " Mak, gaji tak cukup bulan ni, pinjam duit sikit mak, pampers dengan susu dah habes". Tak malu ke?
Dulu mereka tanggung kau sebab title kau sebagai anak mereka. Habis tu sekarang dengan cucu pun kena tanggung ke ? Memalukan !
Kalau nak stay dengan diorang, kau sepatutnya :
1. Masak
2. Kemas rumah
3. Aktiviti2 perumahan yang sepatutnya.
Apa relevannya? Mereka dah tua, dari kecik diorang jaga , so bila mereka tua, dah jadi tanggungjawab anak2 untuk jaga mereka sebaiknya.

Aku teringat satu kata-kata ni, Andai tidak mampu membahagiakan mereka, janganlah pula membebankannya.

Sekian, 

Tuesday 7 August 2012

Rahsia di sebalik kata-kata lelaki-ingat boleh percaya sangat ?

Ramai lelaki yang pandai bermanis kata dalam bab pujuk-memujuk nih.
Tapi wanita sekalian, harus diingat, manis di mulut belum tentu manis di hati.
Tengok ni.

Lelaki kata : "Nanti saya call awak eh"
Tanggapan anda : Sure dia akan call nanti.
Makna sebenar : Berkemungkinan besar anda tidak akan mendapat panggilan daripada si dia. Terutamanya bila si dia bersama kawan-kawannya.

Lelaki kata : "Awak ni memang cantiklah sayang"
Tanggapan anda : Berhasil tampil dengan cantik di hadapannya.
Makna sebenar : Si dia memang suka dengan penampilan anda yang kelihatan menarik dan berbeza dari sebelumnya.

Lelaki kata : "Dah banyak kali saya cuba call awak, tapi asyik takdapat je"
Tanggapan anda : Tetap berusaha walaupun berkali-kali mencuba.
Makna sebenar : Sebenarnya si dia terlupa untuk menghubungi anda.

Lelaki kata : "Saya tengok sekarang ni awak dah kurus la"
Tanggapan anda: Akhirnya berjaya mengurangkkan berat badan.
Makna sebenar : Si dia mahukan anda lebih langsing dari sekarang.

Lelaki kata : "Semalam ada orang sms ajak berkenalan"
Tanggapan anda : Tentu sekadar nak berkenalan saja.
Makna sebenar : Ingin tahu sama ada anda cemburu atau tidak.

Lelaki kata :"Percayalah, saya memang dah lupakan dia dari hidup saya"
Tanggapan anda : Sudah tentu bekas GF nya tidak bertakhta lagi di hatinya.
Makna sebenar : Memang sudah tiada perasaan, tapi tak salah kalau nak terus berkawan kan ?